Persahabatan Lebih Besar Berbanding Perselisihan di Laut

2021-04-10 15:16:30  CRI
Share with:

China dan Filipina adalah negara jiran yang bersahabat, dan persahabatan antara kedua-dua negara ini lebih besar berbanding perselisihan di laut.

Demikian ujar jurucakap Kementerian Luar China, Zhao Lijian ketika mengulas kenyataan jurucakap Jabatan Presiden Filipina mengenai Filipina dan China akan menangani isu terumbu karang Niu’e melalui saluran diplomatik. Pihak Filipina menyebut bahawa perselisihan tidak akan menjejaskan hubungan persahabatan kedua-dua negara, atau menghalang perkembangan hubungan ini menuju ke arah lebih baik.

Zhao menegaskan bahawa China komited menyelesaikan perselisihan dengan Filipina melalui rundingan, di samping merapatkan kerjasama, memperkukuh rasa saling percaya agar memelihara kemantapan hubungan dua hala dan ketentereaman di laut.

Ketika mengulas tindakan Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) menghubungi rakan sejawatnya dari Filipina dan menyatakan perhatian terhadap kegiatan kapal nelayan China di Laut China Selatan, Zhao menyatakan bahawa terumbu karang Niu’e ialah sebahagian daripada kepulauan Nansha, China. Kapal nelayan China melakukan kegiatan di kawasan terbabit adalah sah.

Zhao menyatakan bahawa situasi di Laut China Selatan adalah stabil pada keseluruhannya pada masa ini. China dan Filipina mengekalkan interaksi dan penyelarasan rapat mengenai isu-isu berkaitan. Presiden Filipina, Rodrigo Duterte baru-baru ini menyatakan bahawa pihaknya akan terus menyelesaikan isu berkaitan melalui kaedah diplomatik. China menggesa AS menghormati usaha negara-negara terlibat untuk menangai perselisihan dan memelihara kestabilan di Laut China Selatan, tidak menyalahkan lagi China atau melaga-lagakan hubungan China dengan negara berkatian.

覃淼