Wang Yi Ucap Tahniah Bui Thanh Son

2021-04-10 14:43:00  CRI
Share with:

Ahli Dewan Negara merangkap Menteri Luar China, Wang Yi mengutus kawat tahniah kepada Bui Thanh Son yang dilantik sebagai Menteri Luar Vietnam pada Khamis lalu.

Wang Yi menyatakan bahawa hubungan China dan Vietnam mengekalkan trend perkembang baik pada beberapa tahun lalu. Kerjasama kedua-dua negara ini dalam pelbagai sektor juga membuahkan hasil yang cemerlang.

Sementara itu, jabatan diplomatik kedua-dua negara yang mempergiat penyelarasan telah memainkan peranan positif dan menyumbang kepada perkembangan hubungan dua hala.

Wang menyatakan, beliau bersedia Bersama-sama Bui Thanh Son, melaksanakan kosensus yang dicapai oleh pemimpin kedua-dua negara, meningkatkan penyelarasan, dan merapatkan kerjasama dalam pelbagai sektor supaya memberikan sumbangan yang lebih besar kepada pembinaan komuniti berkongsi nasib yang bermakna strategik antara China dengan Vietnam.

覃淼