Perdagangan China-Brunei Naik 70 Peratus Tahun 2020

2021-04-11 14:36:36  CRI
Share with:

Perdagangan China-Brunei Naik 70 Peratus Tahun 2020_fororder_brunai

Jumlah perdagangan antara China dengan Brunei naik sebanyak 72.5 peratus pada tahun 2020, mendepani negara-negara ASEAN yang lain.

Demikian kata Duta China ke Brunei, Yu Hong ketika menghadiri majlis penyampaian hadiah Pertandingan Reka Bentuk Logo sempena sambutan ulang tahun ke-30 ikatan diplomatik China-Brunei di sini pada Sabtu.

Yu berkata, China dan Brunei telah menjalin hubungan baik dan interaksi persahabatan sejak lebih dua ribu tahun dahulu.

Beliau menyatakan, pada 30 September 1991, China dan Brunei secara rasmi menjalin hubungan diplomatik, sekali gus membuka bab baharu dalam hubungan kedua-dua negara ini.

Dalam tiga dekad ini, hubungan China-Brunei kian dipererat, sementara perdagangan dua hala menyaksikan peningkatan daripada USD719 juta pada 2016 kepada USD1.91 bilion pada 2020.

Menurut Yu, pelaburan China di Brunei dalam pelbagai bidang bukan sahaja menyumbang kepada penambahbaikan operasi pelabuhan dan pekerjaan tempatan, malah turut membantu Brunei mewujudkan kepelbagaian ekonomi serta mencapai sasaran pendigitalan dan kesihatan Brunei.

Beliau menyatakan, sejak wabak COVID-19 tercetus, kedua-dua negara ini saling membantu dan meningkatkan kerjasama dalam pencegahan dan kawalan wabak. Apabila kebanyakan negara menghadapi masalah kekurangan bekalan vaksin, China telah menyumbangkan vaksin COVID-19 kepada Brunei, yang secara tidak langsung mencerminkan solidariti dan kekukuhan persahabatan antara kedua-dua negara ini.

覃淼