Bantuan Vaksin China Tiba di Cameroon

2021-04-12 12:50:01  CRI
Share with:

Vaksin COVID-19 yang disumbangkan kerajaan China untuk Cameroon selamat tiba di ibu kota Yaounde pada malam Ahad.

Bekalan vaksin keluaran Kumpulan Farmaseutikal Nasional China (Sinopharm) itu juga merupakan yang pertama diterima Cameroon sejak pandemik COVID-19 tercetus.

Perdana Menteri Cameroon, Joseph Dion Ngute, pegawai kanan kerajaan serta wakil Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menerima ketibaan vaksin di Lapangan Terbang Antarabangsa Nsimalen.

Dalam sesi taklimat selepas majlis penyerahan vaksin, Duta Besar China, Wang Yingwu berkata vaksin China adalah selamat dan berkesan, dan diyakini dapat membantu usaha Cameroon melawan COVID-19.

Tahun ini merupakan ulang tahun ke-50 terjalinnya hubungan diplomatik kedua-dua negara.

China bersedia terus memperdalam kerjasama dengan Cameroon dalam pelbagai bidang termasuk kesihatan awam.

Ngute menyampaikan penghargaan atas bantuan dihulurkan China yang mencerminkan hubungan persahabatan kukuh sesama negara.

Katanya, vaksin tersebut akan diedarkan ke seluruh negara dengan segera dan kakitangan perubatan akan diutamakan dalam program vaksinasi.

梁靓