Penduduk Fukushima Bantah Lepas Air Tercemar ke Laut

2021-04-12 14:40:03  CRI
Share with:

Penduduk Fukushima Bantah Lepas Air Tercemar ke Laut_fororder_微信图片_20210412115553

Penduduk Fukushima Bantah Lepas Air Tercemar ke Laut_fororder_微信图片_20210412115607

Penduduk Fukushima Bantah Lepas Air Tercemar ke Laut_fororder_微信图片_20210412115611

Penduduk Fukushima Bantah Lepas Air Tercemar ke Laut_fororder_微信图片_20210412115619

Keputusan kerajaan Jepun untuk melepaskan air terawat yang mengandungi bahan radioaktif dari loji nuklear Fukushima Daiichi ke laut, mengundang kecaman penduduk dan nelayan tempatan bahkan masyarakat antarabangsa.

Penduduk dari pelbagai tempat di wilayah Fukushima mengadakan perhimpunan di Pelabuhan Onahama, kota Iwaki pada petang Ahad sebagai membantah keputusan tersebut.

Anggota pertubuhan pencinta alam dan wakil pelbagai lapisan masyarakat menyampaikan pandangan masing-masing dari perspektif keselamatan pelepasan air tercemar ke laut, di samping mempersoalkan sama ada suara rakyat diambil kira sepenuhnya dalam proses membuat keputusan berkenaan.

周乔西