ASEAN, EU, AS, Jepun Empat Rakan Dagang Terbesar China

2021-04-13 12:11:12  CRI
Share with:

ASEAN, EU, AS, Jepun Empat Rakan Dagang Terbesar China_fororder_1四大贸易伙伴 拷贝

ASEAN kekal sebagai rakan dagang terbesar China pada suku pertama tahun ini, diikuti Kesatuan Eropah (EU), Amerika Syarikat (AS) dan Jepun.

Demikian dimaklumkan dalam taklimat media Pejabat Penerangan Dewan Negara berhubung keadaan perdagangan luar sepanjang tempoh itu, pagi tadi.

Statistik menunjukkan, jumlah import dan eksport antara China dengan ASEAN mencatat RMB1.24 trilion (RM782 bilion) pada suku tahun pertama, meningkat 26.1 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.

Import dan eksport dengan EU, AS dan Jepun pula mencapai RMB1.19 trilion (RM750 bilion), RMB1.08 trilion (RM681.2 bilion) dan RMB561.42 bilion (RM354.1 bilion), masing-masing naik 36.4 peratus, 61.3 peratus dan 20.8 peratus.

Selain itu, jumlah import dan eksport antara China dengan negara-negara terlibat dalam Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) serta rakan dagang Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) turut merekodkan pertumbuhan sebanyak 21.4 peratus dan 22.9 peratus.

周乔西