Demi mengaut laba geopolitik, negara Barat termasuk AS dan Britain memberi sokongan kepada kegiatan pemisahan dan keganasan dengan niat menjejaskan ketenteraman dan mengekang pembangunan China.
Muslihat itu didedahkan secara terperinci menerusi satu laporan yang diterbitkan dalam laman sesawang Parti Warganegara Australia akhir-akhir ini.
Politikus anti-China dari negara Barat mula risau apabila melihat keberkesanan langkah-langkah preventif yang diambil China untuk membanteras kegiatan keganasan pada beberapa tahun kebelakangan.
Justeru, mereka memperalat sesetengah institusi untuk mencipta banyak dusta berkaitan isu Xinjiang bagi memutarbelitkan fakta dan mengelirukan khalayak.
Dusta yang direka-reka oleh Institut Polisi Strategik Australia (ASPI) juga terbongkar baru-baru ini.
ASPI dalam “projek data Xinjiang” mendakwa terdapat banyak pusat tahanan baharu ditubuhkan di serata wilayah Xinjiang. Namun, menurut maklumat geografi yang dikeluarkannya, 90% lokasi yang ditujukan sebenarnya ialah tapak bangunan agensi kerajaan, hospital, rumah kediaman penduduk dan kedai.
Beberapa hari lalu pula, temu ramah bersama mantan penterjemah Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI), Sibel Edmonds didedahkan melalui satu video yang dirakamkan pada 2015.
Dalam video itu, Sibel Edmonds memaklumkan secara terus terang bahawa AS merancang mencanangkan isu Xinjiang untuk bercampur tangan, sepertimana taktik yang digunakannya di Afghanistan, Ukraine dan Iraq sebelum ini.