Ketagih Campur Tangan Perlu Diubati

2021-04-16 14:31:04  CRI
Share with:

Amerika Syarikat (AS) dan Iran dilaporkan merancang memulihkan rundingan secara tidak langsung di Vienna, Austria pada Khamis bagi menyelamatkan perjanjian nuklear yang dimeterai pada 2015.

Sehari sebelumnya, pemimpin tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei meletakkan syarat bahawa AS perlu membatalkan sekatan ke atas Iran jika hendak kembali ke perjanjian tersebut.

Dalam tempoh lebih 70 tahun pasca Perang Dunia II, kerajaan AS sentiasa mengamalkan dasar bersifat intervensionisme. Daripada melakukan serangan, mengenakan sekatan hingga menghasut rusuhan, negara itu asyik mencampuri urusan dalaman negara lain semata-mata untuk mengekalkan kedudukan hegemoni mutlaknya di dunia.

Seperti diketengahkan dalam perisytiharan yang diluluskan Perhimpunan Agung PBB (UNGA) pada 1965, mana-mana negara tidak boleh mencampuri urusan dalaman dan diplomatik negara lain dengan apa jua alasan, baik secara langsung ataupun tidak langsung.

Perisytiharan itu menolak sebarang tindakan mengugut negara lain menerusi pendekatan politik, ketenteraan dan ekonomi.

Tiada juga sebarang ruang untuk cubaan menghasut, membiayai atau membiarkan sahaja kegiatan subversi di negara lain.

Namun, semua perkara yang dilarang perisytiharan tersebut, tiada satu pun yang tidak pernah dilakukan AS.

Dalam konteks pandemik COVID-19 menular di serata dunia buat masa ini, AS masih mengenakan sekatan secara sepihak terhadap beberapa negara, sehingga merosakkan solidariti global dalam melawan wabak dan menyebabkan krisis kemanusiaan bertambah buruk.

Nilai AS bukanlah nilai antarabangsa, dan peraturan ditetapkan negara itu juga bukan orde antarabangsa.

Penyakit lama AS yang ketagih bercampur tangan lambat-laun perlu diubati.

周乔西