Kenyataan AS Babitkan Hong Kong Bukan-bukan

2021-04-18 15:56:26  CRI
Share with:

Amerika Syarikat (AS) menerusi satu kenyataan pada Jumaat menuding jari dengan mencemari keputusan mahkamah Hong Kong yang mengenakan hukuman terhadap beberapa penghasut rusuhan tempatan, dan menuntut pihak berkuasa supaya membebaskan mereka.

Apapun, kenyataan yang tidak masuk akal itu serta kelakuan agresif AS tersebut telah menjadi bukti kukuh bahawa penghasut rusuhan di Hong Kong seperti Jimmy Lai Chee-Ying bersabit kes jenayah mensabotaj keselamatan negara menerusi berkomplot dengan kuasa asing.

Tambahan lagi, ia juga mendedahkan wajah sebenar AS yang sentiasa melanggar undang-undang antarabangsa dan mencampuri urusan dalaman negara lain dengan sewenang-wenangnya.

Tindakan negara tersebut dianggap menginjak-injak konsep “kebebasan, demokrasi, kedamaian, pentadbiran di sisi undang-undang”.

Sebenarnya, keputusan mahkamah berkenaan memperlihatkan semangat pentadbiran mengikut undang-undang yang dijalankan di wilayah itu, malahan juga respons terhadap tuntutan masyarakat setempat.

“Kedamaian, demokrasi, kebebasan” merupakan nilai bersama seluruh umat manusia, dan konotasinya perlu ditafsir seluruh dunia, bukanlah hanya AS sendiri sahaja.

Nilai yang didukung AS dan peraturan yang ditetapkannya bukanlah yang diterima dan diguna pakai secara universal.

董筱娉