Laluan Penerbangan Khas Kargo Haikou-Singapura Dibuka

2021-04-19 13:19:54  CRI
Share with:

Laluan Penerbangan Khas Kargo Haikou-Singapura Dibuka_fororder_252395524

Sebuah pesawat kargo yang bertolak dari Singapura tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Meilan di bandar Haikou, provinsi Hainan China semalam, kemudian terbang balik ke Singapura dengan muatan yang melibatkan alat ganti perkakas elektrik, barang digital 3C, acuan industri dan anak ikan bercirikan tempatan Hainan. Ini menandakan operasi rasmi  laluan penerbangan khas pesawat kargo Haikou-Singapura.

Perkhidmatan penerbangan khas ini disediakan lima kali seminggu dengan kapasiti muatan kira-kira 15 tan sekali.

吕清