Suara Dari Boao Makin Dinantikan Dunia Luar

2021-04-20 14:32:48  CRI
Share with:

Suara Dari Boao Makin Dinantikan Dunia Luar_fororder_微信图片_20210420143132

Pada masa ini, sumbangan Asia kepada ekonomi dunia telah meningkat daripada 30% pada awal tahun 1990an kepada 41% pada tahun 2019. Serentak itu, pengaruh dan hak bersuara Asia pun makin meningkat di persada antarabangsa. Forum Boao untuk Asia (BFA) yang berusia 20 tahun sememangnya telah menyaksikan peralihan peranan Asia dari 'mahu cakap' ke 'dinantikan cakap'.

Boao, pekan kecil di selatan China, mula diketahui umum sejak terpilihnya sebagai tapak Kekal sidang forum ekonomi yang paling berpengaruh di Asia itu.

Sidang tahunan BFA tahun ini diadakan secara fizikal dilihat sebagai keyakinan yang disampaikan Asia kepada dunia untuk mengatasi wabak COVID-19 dan memulihkan ekonomi. Menurut ramalan Agensi Berita Reuters, menjelang pertengahan 2030an, Asia mungkin menyumbang lebih separuh dalam aktiviti ekonomi global.  Pada masa yang sama, dunia luar juga mencari peluang kerjasama dengan Asia, benua yang pembangunannya paling dinamik dan berpotensi di dunia pada masa ini, malah makin berkembang menjadi inovator teknologi, pasaran yang rancak dan pengguna yang holistik dalam sistem ekonomi dunia. Kesemua topik yang disediakan pada BAF tahun ini, seperti 'kerjasama Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI)', 'menyambut pembaharuan industri' dan 'berkembang bersama dengan teknologi baharu', menandakan munculnya banyak peluang yang tidak terbatas.

Suara Dari Boao Makin Dinantikan Dunia Luar

Pada tempoh puluhan tahun lalu, ekonomi China berkembang pesat dan turut menjadi tenaga penggerak utama bagi pembangunan Asia, dan keadaan ini kekal wujud dalam pemulihan ekonomi Asia pada tempoh pasca wabak. Menurut jangkaan Bank Dunia, kadar pertumbuhan ekonomi Asia Timur dan kawasan Pasifik pada tahun ini berkemungkinan mencapai 7.4%, akan tetapi jika statistik China tidak diambil kira, kadar itu akan hanya mencatat 4.4%

Serentak itu, China yang berorientasikan globalisasi dalam pembangunan negara sendiri, giat meningkatkan keterbukaan di samping mendorong integrasi ekonomi serantau sehingga menyumbang tenaga yang amat besar kepada pembangunan ekonomi serantau.

Sebahagian projek kerjasama di bawah BRI sedang dilaksanakan di sejumlah negara Asia dengan selangkah demi selangkah, dan dilaporkan telah membolehkan penduduk tempatan mengecapi hasil pada peringkat awalnya. Selain itu, China yang berusaha mendorong rundingan Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP)  sehingga ia berjaya ditandatangani, menjadi negara pertama yang mengesahkan perjanjian itu. Ini dipercayai akan mengintensifkan hubungan perdangangan rakan serantau, sekali gus mencipta lebih banyak peluang untuk menjana pencapaian menang-menang.

曹捷