NUG Myanmar Diisytihar sebagai Pertubuhan Haram

2021-04-21 14:03:56  CRI
Share with:

Menurut maklumat stesen televisyen negara Myanmar, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri Myanmar mengumumkan bahawa kerajaan perpaduan nasional (NUG) yang baru dibentuk di negara itu adalah pertubuhan haram.

Seawal pada 16 April lalu, Jawatankuasa Perwakilan Perhimpunan Kesatuan Myanmar mengumumkan terbentuknya NUG yang diketuai U Win Myint yang menyandang jawatan Presiden, dan Aung San Suu Kyi yang bertugas sebagai Penasihat Negara, beserta Naib Presiden, Perdana Menteri, Menteri dan Timbalan Menteri yang melibatkan 11 buah jabatan.

Bagaimanapun, U Win Myint dan Aung San Suu Kyi masih ditahan oleh pihak tentera Myanmar pada masa ini.

曹捷