Lebih 4% Rakyat Laos Ambil Vaksin COVID-19

2021-04-21 13:33:25  CRI
Share with:

Seramai 300 ribu penduduk menerima suntikan dos pertama vaksin COVID-19, manakala 30 ribu daripada mereka selesai disuntik dos kedua di seluruh Laos sekatat ini.

Naib Datuk Bandar Vientiane, Phouvong Vongkhamxao berkata demikian dalam dialog interaktif gabenor provinsi dan datuk bandar China-ASEAN pada sidang tahunan Forum Boao untuk Asia 2021 di Hainan, China baru-baru ini.

Menurut Phouvong Vongkhamxao, pandemik COVID-19 terkawal di bandar Vientiane dengan usaha bantu-membantu bandaraya kembar dari China dan negara-negara ASEAN.

Untuk rekod, seramai 140 ribu individu telah mengikuti ujian asid nukleik (NAT), jumlah keseluruhan jangkitan COVID-19 direkodkan 58 kes, dan tiada kes kematian di Laos setakat ini.

曹捷