Xi Hubungi Jokowi Menerusi Telefon

2021-04-21 11:30:16  CRI
Share with:

Presiden China, Xi Jinping telah menghubungi rakan sejawatnya dari Indonesia, Joko Widodo menerusi telefon semalam.

Presiden Xi menyatakan kerjasama bidang perdagangan dan pelaburan China-Indonesia telah menunjukkan potensi besar di sebalik penularan wabak COVID-19. Indonesia dialu-alukan terus mendorong kerjasama pragmatik dengan China dalam pelbagai bidang, terus menyelaraskan pelaksanaan strategi 'Poros Maritim Dunia' (Global Maritime Fulcrum) dengan pelaksanaan Inisiatif “Jalur dan Laluan” (BRI) sehingga menyumbang semakin banyak kepada kerjasama yang berkualiti tinggi dan berskala besar.

Selain itu, Xi menyatakan, kedua-dua pihak perlu terus mendorong kerjasama pembinaan infrastruktur seperti Landasan Kereta Api Jakarta-Bandung dan “koridor ekonomi komprehensif serantau”, memupuk titik pertumbuhan baharu dalam mengembangkan sumber tenaga alternatif dan kerjasama maritim di samping terus mengusahakan kerjasama ekonomi digital. Sementara itu, China mengalu-alukan Indonesia terus memperluas pengeksportan kepada China serta menyokong syarikat China terus membuat pelaburan di Indonesia. Kedua-dua pihak perlu mendorong pelaksanaan Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RECP) dan kebebasan perdagangan serantau serta integrasi ekonomi.

Joko Widodo (Jokowi) pula menyampaikan tahniah terhadap ulang tahun ke-100 Parti Komunis China (PKC), dan menyanjung tinggi pencapaian China yang cemerlang dalam usaha pembasmian kemiksinan dan pembangunan ekonomi di bawah pimpinan PKC. Menurut beliau, Indonesia dan China adalah sahabat handai dan saudara karib, Indonesia berharap membelajari pengalaman berkenaan dari China, mengintensifkan hubungan perdagangan ekonomi, mendorong pembinaan landasan kereta api Jakarta-Bandung, meningkatkan interaksi sosiobudaya dan melibatkan diri dalam pembinaan bersama BRI. Jokowi juga mengucapkan terima kasih kepada China yang memberi sokongan kepada Indonesia dalam melawan pandemik COVID-19 dan berharap terus menjalankan kerjasama dengan China dalam penghasilan vaksin.

张宪