Jepun Digesa Jaga Asas Moral

2021-04-21 15:20:45  CRI
Share with:

Jepun Digesa Jaga Asas Moral_fororder_微信图片_20210421134450

Di sebalik kritikan dari dalam dan luar negara terhadap isu perlepasan air yang tercemar loji tenaga nuklear Fukushima ke laut, pihak rasmi Jepun mendakwa China dan Korea Selatan mempunyai standard yang lebih rendah berbanding dengan negara itu dalam rawatan air sisa loji nuklear baru-baru ini bagi mencari alasan untuk rancangan perlepasan air tercemarnya.

Tindakan Jepun ini dianggap berniat untuk menafikan atau menyembunyikan kebenaran bahawa Logi Tenaga Nuklear Fukushima pernah mengalami kemalangan nuklear peringkat tinggi, isi kandungan air sisa tersebut melibatkan sejumlah besar nuklid beradioaktif hasil daripada pembelahan nuklear, sehingga kualiti airnya jauh berbeza dengan air sisa dari loji tenaga nuklear yang beroperasi secara normal.

Jika air terawat Fukushima benar-benar mencatat standard air minuman seperti apa yang dikatakan pihak rasmi Jepun, mengapa air tersebut perlu dialirkan ke dalam laut, bukan dimasukan dalam sistem bekalan air minuman, sistem pengairan atau sistem bekalan air pulih guna  di negaranya sendiri?

Jepun Digesa Jaga Asas Moral_fororder_微信图片_20210421134457

Sebenarnya, dengan mengetepikan banyak cara selamat untuk merawat air yang tercemar tersebut, Jepun terus memilih kaedah yang memberi ancaman paling besar kepada bumi. Ini hanya disebabkan kosnya rendah.

Tanpa mencapai consensus dengan masyarakat antarabangsa dan pihak yang berkepentingan, Jepun memilih mengalihkan risiko berkaitan keselamatan, kesihatan dan kesejahteraan persekitaran kepada seluruh dunia. Keputusan ini menunjukkan sikapnya yang sama sekali tidak mahu bertanggungjawab dan tidak menjaga asas moral.

Sehingga sekarang, segelintir orang Jepun masih belum pernah mengaji diri tentang pencerobohan tentera negaranya yang membawa malapetaka kepada negara-negara jiran di Asia ketika Perang Dunia Kedua. Sekiranya negara itu mengalirkan air sisa yang tercemar nuklear ke laut, malapetaka dan ancaman yang dibawanya terhadap umat manusia akan lebih teruk daripada peperangan.

Dengan ini, Jepun digesa menarik balik keputusan salah tersebut dan menghentikan perbuatan dosa terhadap masa depan manusia dan generasi akan datang. 

曹捷