Jauh Belum Tiba Keadilan bagi Kaum Minoriti di AS

2021-04-22 15:52:10  CRI
Share with:

Setelah pembicaraan berlarutan hampir tiga minggu, Mahkamah Wilayah Hennepin, Negeri Minnesota, Amerika Syarikat (AS) membuat keputusan berhubung kes anggota polis kulit putih, Derek Chauvin yang "membunuh dengan lutut" pemuda keturunan Afrika, George Floyd, disabitkan bersalah atas kesemua tiga dakwaan. Bagaimanapun, pembicaraan berkenaan cuma mengadil pihak yang bersalah, tetapi gagal menjunjung keadilan untuk mereka yang dibunuh.

Berasaskan sistem penindasan yang berkuatkuasa selama beberapa abad, diskriminasi yang menyerap sampai tulang di negara terbabit, tidak mungkin ditangkis dalam suatu pembicaraan. Dimaklumkan, dalam tempoh tiga minggu semasa berlangsungnya pembicaraan itu, anggota polis di seluruh negara AS dilaporkan membunuh lebih tiga orang sehari secara purata, dengan separuh daripadanya adalah keturunan Afrika serta Hispanik dan Latino. Bahkan, hanya beberapa jam selepas Chauvin disabitkan bersalah, seorang gadis keturunan Afrika yang berumur 15 tahun dari Negeri Ohio ditembak mati polis.

Warga polis AS yang sama sekali tidak tersinggung oleh tragedi perkauman yang menimbulkan bantahan global tersebut, tetap berleluasa dalam tindakan penguatkuasaan.

Ini berkaitan dengan sistem kehakiman negaranya yang bersubahat dengan pihak polis secara diam-diam dalam jangka masa yang panjang. Jarang ada polis didakwa kerana pembunuhan dalam operasi penguatkuasaan, malah disabitkan bersalah. Keadaan ini menakutkan kaum minoriti, dan juga menonjolkan keutamaan orang kulit putih dalam sistem kehakiman. Dengan ini, bolehkah keputusan itu disifatkan sebagai "kemenangan" bagi Floyd?

Sebagai komponen sistem dan struktur AS, amalan 'pendahuluan warga kulit putih' dipandang sebagai punca diskriminasi. Pada 400 tahun yang lalu, warga kulit hitam sentiasa hidup dengan stigma dan dibubuhi label seperti "kuat", "marah", "penjenayah" dan "perlu dijinakkan". Prejudis seumpama itu adalah sebabnya terwujud diskriminasi secara menyeluruh, sistematik dan berterusan. Pembaharuan yang mendalam amat diperlukan untuk menyediakan perlindungan kepada kaum minoriti. Kalau tidak, apa yang disebut hak asasi manusia dan kesamarataan hanyalah perkataan kosong sahaja.

Keputusan kes Floyd yang susah menyembunyikan diskriminasi, tidak patut dijadikan alat dalam permainan politikus. Jauh belum tiba keadilan yang dinanti-nantikan kaum minoriti di AS.

高蕾