Kenapa China Membina Wadah BRI kepada Dunia

2021-04-22 14:57:27  CRI
Share with:

Kenapa China Membina Wadah BRI kepada Dunia_fororder_微信图片_20210421164132

Presiden China, Xi Jinping menyifatkan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) sebagai wadah yang penuh sinaran harapan dalam menjana pembangunan yang saling untung untuk semua negara terlibat, dan bukan hanya mengambil kira kepentingan suatu pihak sahaja. Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptamanya yang mengandungi penjelasan terhadap hakikat BRI pada majlis perasmian sidang tahunan Forum Boao untuk Asia (BFA) melalui video pada 20 April lalu.

Kenapa China sudi membina wadah ini untuk dunia? Itulah kerana BRI boleh membantu pelbagai negara di dunia mengatasi cabaran pada masa ini dan lebih-lebih lagi boleh membekalkan tenaga untuk meneroka masa depan yang indah.

Kenapa China Membina Wadah BRI kepada Dunia_fororder_微信图片_20210421164111

Dalam sidang BFA tahun ini, China mengemukakan pembinaan hubungan rakan salinghubung yang lebih erat dan dengan aktif mengembangkan e-dagang jalan sutera, yang dilihat berfaedah bagi melicinkan saluran kerjasama perdagangan dan pelaburan negara terlibat BRI dan menggalakkan pembangunan inklusif.

Yang lebih penting itu adalah sejak saat baru dikemukakan, BRI yang berorientasikan pembangunan hijau sudah pun memfokuskan masa depan umat manusia, dan lama-kelamaan berkembang menjadi tunjang dalam usaha melindungi bumi kita melalui pembinaan bersama.

Laporan Bank Dunia berkenaan menganggap bahawa menjelang tahun 2030, BRI melalui pembangunan bersama dalam kerangkanya berkemungkinan membantu 7.6juta penduduk di dunia membebaskan diri daripada belenggu kemiskinan tegar, manakala seramai 32 juta penduduk keluar dari kemiskinan sederhana.Apabila BRI berkembang menjadi satu laluan yang mampu mengurangkan kemiskinan dan menjana pertumbuhan, dunia ini pun akan berubah menjadi lebih terbuka dan inklusif. 

曹捷