Majlis Sambutan Ulang Tahun ke-60 Hubungan Diplomatik China-Laos

2021-04-22 13:55:26  CRI
Share with:

Anggota Dewan Negara merangkap Menteri Luar China, Wang Yi semalam telah menghadiri majlis sambutan ulang tahun ke-60 terjalinnya hubungan diplomatik China-Laos yang dianjurkan bersama-sama oleh Persatuan Rakyat China untuk Persahabatan dengan Negara Asing dan Kedutaan Laos ke China.

Dalam majlis itu, Wang Yi dalam ucapannya menyatakan bahawa berhadapan era baharu, peluang baharu dan situasi yang berubah, China dan Laos akan  berpandukan Konsensus yang dicapai pemimpin tertinggi kedua-dua negara, melaksanakan rancangan tindakan komuniti berkongsi nasib China-Laos, mengukuhkan perpaduan dan saling mempercayai, mengeratkan pertukaran mengenai tadbir urus negara, mengekalkan perkembangan negara sosialis dan memelihara kepentingan strategik yang sama. Kedua-dua pihak diharap meningkatkan penyelarasan dalam pelaksanaan strategi pembangunan, mengatasi impak daripada wabak COVID-19, dan menjana pembinaan bersama yang berkualiti tinggi dalam kerangka Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) . Sebagai jiran baik, sahabat handai dan komrad karib, kedua-dua negara perlu menyokong dengan teguh usaha untuk memelihara kedaulatan, keselamatan dan kepentingan pembangunan negara masing-masing, memelihara bersama-sama amalan multilateralisme yang benar-benar, dan mendorong masyarakat antarabangsa untuk bersama-sama membina komuniti berkongsi nasib sesama insan.      

Duta Besar Laos ke China, H.E. Khamphao pula menyatakan bahawa Laos bersedia bersama-sama dengan China meningkatkan kerjasama yang berkaitan dengan BRI, mempercepat pembinaan koridor ekonomi dan menambah corak kepada konotasi hubungan rakan strategik komprehensif.

曹捷