Sumbangan Majoriti kepada Simpanan Karbon Hutan Global dari China

2021-04-22 13:21:52  CRI
Share with:

Hari ini (22 April 2021) Hari Bumi Sedunia yang ke-52. Hasil penilaian sumber hutan global yang diumumkan Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO) PBB terkini mendedahkan bahawa dalam tempoh dari tahun 2010 hingga 2020, jumlah kehilangan hutan di seluruh dunia pada setiap tahun mencatat 4.7 juta hektar, sebaliknya keluasan hutan meningkat 1.17 juta hektar di rantau Asia di mana China memberikan sumbangan majoriti. Selain itu, jumlah simpanan karbon hutan di seluruh dunia pula meningkat kira-kira sebilion tan dalam tempoh tersebut, dengan majoritinya disumbang oleh China.

Bertambahnya keluasan hutan di China tidak terlepas dari pelaksanaan pelbagai langkah perhutanan seperti menanam pokok, membaikpulih tanah paya dan padang rumput serta mengawal hakisan tanah, yang dilihat sekali gus memberi sumbangan besar dalam usaha menangani perubahan iklim global.

Wakil FAO di China, Carlos Watson menyatakan, bertambahnya hutan di China menunjukkan trend yang memberangsangkan. Pembangunan dan pencapaian perhutanan di China memainkan peranan penting bagi seluruh dunia. Hutan yang berfungsi sebagai penyerap karbon diksida (CO2) dalam bilangan besar merupakan sumber hijau yang kunci bagi menangani perubahan iklim.

张宪