Komitmen AS Kurangkan Pelepasan Karbon Tidak Diambil Berat Media

2021-04-23 13:57:58  CRI
Share with:

Komitmen AS Kurangkan Pelepasan Karbon Tidak Diambil Berat Media_fororder_1619132419952_293_1338x686

Pada Sidang Kemuncak Pemimpin mengenai Iklim yang diadakan secara maya malam tadi, Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden mengumumkan komitmen pihaknya bahawa akan mengurangkan 50% hingga 52% pelepasan gas rumah hijau menjelang tahun 2030 berbanding 2005, sementara merealisasikan matlamat pelepasan “sifar” pada 2050.

Namun, komitmen tersebut tidak diambil berat oleh sejumlah media AS yang beranggapan bahawa “hutang” AS dalam bidang perubahan iklim tidak begitu mudah dilunas.

Komitmen AS Kurangkan Pelepasan Karbon Tidak Diambil Berat Media_fororder_1619132403623_274_1336x698

The Washington Post menunjukkan, komitmen baharu ini sekadar satu alat yang digunakan untuk menipu entiti ekonomi utama yang lain.

Bill Clinton ketika menyandang jawatan Presiden, pernah menandatangani “Protokol Kyoto” yang bertujuan mengawal pelepasan gas rumah hijau global. Namun AS mengundurkan diri daripada perjanjian tersebut semasa George Walker Bush menyandang Presiden.

Barack Obama semasa menyandang jawatan Presiden, pernah menandatangani “Perjanjian Paris”, yang kemudian dibatalkan oleh Donald Trump. Kini, Joe Biden pula ingin menganggotai semula kelompok pemeterai perjanjian itu.

The New York Times baru-baru ini mengutip kata Taiya Smith, felo penyelidik kanan Jawatankuasa Pemimpin Iklim AS bahawa “kerajaan AS susah dipercayai”, “AS perlu melakukan banyak hal terlebih dahulu, barulah boleh mendapat kepercayaan dari negara lain.”

张宪