Singapura, Indonesia Manfaatkan Kejayaan China Bendung COVID-19

2021-04-23 11:39:36  CRI
Share with:

Ekonomi China segera pulih berikutan kejayaannya yang tercapai dalam usaha membendung penularan wabak COVID-19, dan turut menjadi faktor luar penentu yang mempengaruhi masa depan ekonomi negara ASEAN. Demikian dinyatakan dalam satu artikel yang disiarkan Nikkei Asian Review baru-baru ini.

Menurut artikel itu, China menempati 14.2% jumlah eksport ASEAN, manakala Amerika Syarikat sebagai rakan datang kedua terbesar bagi ASEAN menempati 12.9%, berikutnya Kesatuan Eropah sebanyak 10.8%.  Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) China pada suku tahun pertama tahun ini meningkat 18.3% berbanding tempoh yang sama tahun lalu. Prestasi ekonomi China yang begitu baik pasti akan membawa harapan yang lebih cerah kepada ekonomi negara ASEAN pada masa depan.

Artikel itu menyatakan, ia adalah terbukti bahawa Singapura terselamat berkat pemulihan ekonomi China yang pesat. Pada tahun 2020, KDNK Singapura telah susut sebanyak 5.4%, dan ekonomi negara itu menunjukkan semula kecenderungan yang positif hanya bermula suku pertama tahun ini.

Indonesia pula memanfaatkan kejayaan China dalam menangani wabak COVID-19. Pengeksportan Indonesia pada bulan Mac lalu meningkat 30.5%, rekod tertinggi pada empat tahun yang lalu. Menurut statistik rasmi, China merupakan negara import terbesar bagi Indonesia untuk tiga bulan lalu berturut-turut. 

曹捷