Wang Yi: China Nantikan Mesyuarat Pemimpin ASEAN Mainkan Peranan Konstruktif

2021-04-23 11:41:47  CRI
Share with:

Anggota Dewan Negara merangkap Menteri Luar China, Wang Yi berhubung dengan Don Pramudwinai,Naib Perdana Menteri merangkap Menteri Luar Thailand, dan Dato Seri Paduka Haji Erywan, Menteri Luar Negeri II Brunei Darussalam, negara pengerusi bergilir ASEAN melalui telefon semalam untuk bertukar-tukar pendapat mengenai situasi Myanmar.

Wang Yi menyatakan, mesyuarat khas pemimpin ASEAN yang bakal diadakan pada waktu amat tepat dan kritikal. China menanti-nantikan mesyuarat itu akan memainkan peranan yang bersifat membina bagi meredakan situasi Myanmar di samping mengeluarkan isyarat yang positif.

China berharap mesyuarat itu kondusif kepada penggalakan kedamaian politik domestik Myanmar, dan menunjukkan peranan ASEAN yang bersifat membina, serentak itu mengelakkan campur tangan yang tidak sesuai daripada pihak luar rantau ini.

Wang Yi menambah, China akan mengekalkan komunikasi yang erat dengan ASEAN di samping mengambil langkah untuk berhubung dengan pelbagai pihak Myanmar bagi menyelesaikan masalah dihadapi negara itu.

曹捷