Novel China "Di Mana Ranting Dipatah" Kini Dalam Edisi Bahasa Melayu

2021-04-23 10:11:24  CRI
Share with:

Novel China "Di Mana Ranting Dipatah" Kini Dalam Edisi Bahasa Melayu_fororder_1022861759

Berkisarkan sifat rakyat biasa yang tidak kenal erti putus asa untuk memberi inspirasi kepada manusia lain, novel China "Di Mana Ranting Dipatah" karya tersohor penulis Lu Yao kini berada dalam bahasa Melayu.

Pada majlis pelancaran buku tersebut yang diadakan secara maya pada Selasa, Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Dr. Mah Hang Soon berpendapat ia merupakan satu galakan kepada rakyat China, Malaysia dan dunia tatkala sedang berjuang melawan pandemik COVID-19.

Novel China "Di Mana Ranting Dipatah" Kini Dalam Edisi Bahasa Melayu_fororder_975135499

Menurut Mah, kementeriannya menyokong supaya lebih banyak karya baik dari China dipromosi kepada pembaca di Malaysia.

Tambah beliau, Kumpulan Penerbitan Beijing China dan Pusat Kebudayaan Han Malaysia yang bertanggungjawab menerbitkan novel tersebut ke dalam bahasa Melayu itu diharap terus bekerjasama membawa karya sastera Malaysia kepada para pembaca di China supaya mempererat persahabatan rakyat kedua-dua negara.

Sementara itu, Pengerusi Pusat Kebudayaan Han Malaysia, Datuk Goh Hin San menyatakan kesusasteraan mampu merentasi perbezaan antara negara, budaya, warna kulit, perkauman dan zaman.

Jelasnya, kesusasteraan China bukan hanya khazanah rakyat China, malah boleh menjadi khazanah dunia melalui penterjemahan.

Penerjemahan buku ini disifatkan sebagai contoh baik dalam pertukaran dan saling belajar antara tamadun berbeza.

Pertukaran kesusasteraan dua hala diyakini mampu mempertingkat persefahaman rakyat antara pelbagai negara, memberi sumbangan kepada pewujudan Komuniti Berkongsi Nasib yang terbuka, inklusif, seimbang dan saling menguntungkan.

Untuk rekod, Lu Yao mula menulis novel "Di Mana Ranting Dipatah" pada tahun 1975 dan mengambil masa 13 tahun untuk disiapkannya. Buku itu berjaya dinobatkan Hadiah Maodun, anugerah kesusasteraan tertinggi China pada tahun 1991.

覃淼