keji! Modus Operandi Politikus Australia

2021-04-23 15:19:52  CRI
Share with:

Menteri Luar Australia semalam mengumumkan membatalkan perjanjian rangka dan memorandum Inisiatif “Jalur dan Laluan” (BRI) yang ditandatangani antara kerajaan negeri Victoria Australia dengan China dengan alasan “tidak selaras dengan dasar luar Australia atau hubungan diplomatiknya”. Tetapi tindakan tersebut sebenarnya mencerminkan sesetengah politikus berniat mengarut dan menambah kerungsingan kepada China di samping mengampu “abangnya” Amerika Syarikat (AS) demi mengaut modal politik.

keji! Modus Operandi Politikus Australia_fororder_1705057524

Modus operandi pihak Australia ini tidak begitu mengejutkan jika melihat Kongres AS sedang mendorong “rang undang-undang persaingan strategik 2021” yang bertujuan menuntut kerajaan Joe Biden mengambil dasar “persaingan strategik” comprehensif terhadap China.

Perbuatan kerajaan Australia ini tidak akan memberi kesan besar terhadap pembinaan BRI memandangkan kedudukan antarabangsa negara itu, dan hanya mendedahkan jelas wajah politikus Australia seperti Scott Morrison yang keji dan bermuka dua.

Padahal, kerajaan Australia terlalu memandang tinggi terhadap nilai sendiri. Justru kepentingan negara Australia khususnya kepentingan rakyatnya terjejas dalam modus operandi politik pihaknya terhadap BRI, inisiatif kerjasama ekonomi yang sudah terbukti mampu membawa faedah kondusif kepada pelbagai pihak.

Setakat November 2020, China telah menandatangani 201 dokumen kerjasama pembinaan BRI dengan 138 buah negara dan 31 buah pertubuhan antarabangsa. Pembinaan bersama dalam kerangka BRI tidak akan terjejas akibat modus operandi sesetengah politikus Australia, yang dilihat hanya akan mencemarkan nama negaranya sendiri dan menjadi sia-sia sahaja.

张宪