AS Diperingatkan Jangan Bermain Api Dalam Isu Taiwan

2021-04-24 15:08:45  CRI
Share with:

AS Diperingatkan Jangan Bermain Api Dalam Isu Taiwan_fororder_微信图片_20210424143725

Akta Persaingan Strategik 2021 telah dibahaskan dan diluluskan oleh Jawatankuasa Hubungan Luar Senat Amerika Syarikat(AS) baru-baru ini.

Wilayah Taiwan China disebut lebih 50 kali dalam akta yang sepanjang lebih 200 halaman itu. Selain itu, AS memutuskan akan menjual senjata kepada Taiwan secara berkala, menyokong keanggotaan Taiwan dalam pertubuhan antarabangsa, bahkan mengizinkan Taiwan memiliki “status yang sama” dengan negara lain.

Tindakan Kongres AS ini sama sekali merupakan provokasi serius terhadap prinsip Satu China, membelakangi tiga pengumuman bersama China-AS dan komitmen AS kepada China dalam isu Taiwan .

Prinsip Satu China merupakan norma hubungan antarabangsa yang diiktiraf umum dan juga disifatkan sebagai garis merah bagi China. Isu Taiwan adalah isu yang tidak boleh dilakukan tawar-menawar bagi China.

Menurut akta tersebut, AS akan mengukuhkan perkongsian dengan wilayah Taiwan.  Tetapi, Taiwan sebenarnya diperalatkan oleh AS.  Scott Ritter, bekas pegawai jabatan perisikan dalam Kor Marin AS pernah berkata, “AS berjaya membela Taiwan dalam berkonfrontasi dengan Tanah Besar China—namun hal ini hanya dalam mimpi. ”

China kerap kali menegaskan kesediaan untuk mewujudkan penyatuan tanah air secara damai dengan sedaya upaya, namun tidak menjanjikan cara yang tidak damai disingkirkan. Hal ehwal China perlu diuruskan oleh rakyat China sendiri. Isu Taiwan merupakan urusan dalaman China dan sama sekali tidak boleh dicampur tangan oleh kuasa luar.

Dengan ini, AS dinasihatkan menjaga kredibilitinya, menyinkirkan khayalan dan pandangan yang salah serta jangan bermain  api. 

曹捷