Presiden China, Xi Jinping telah menghadiri Sidang Kemuncak Pemimpin mengenai Iklim secara maya pada Khamis lalu. Beliau dalam ucapannya menyarankan untuk membentuk bersama-sama komuniti berkongsi hayat manusia dengan alam, dan menyeru pelbagai negara mempertahankan amalan multilateralisme, serta prinsip bersama memikul tanggungjawab umum yang berbeza.
Dalam Perhimpunan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) ke-75, Xi mengumumkan China akan berusaha bagi mewujudkan sasaran menjadikan pelepasan karbon mencapai puncaknya menjelang tahun 2030 dan mewujudkan neutral karbon menjelang tahun 2060. Masa yang diambil China untuk mewujudkan neutral karbon sejak pelepasan karbon mencapai puncaknya, jauh lebih pendek berbanding dengan negara-negara maju.Ini bermakna China akan menempuh jalan yang penuh ranjau duri untuk memperjuangkan sasaran tersebut.
Dalam sidang kemuncak kali ini, Xi juga mengeluarkan langkah-langkah yang akan diambil China termasuk menyokong sebahagian tempat yang memenuhi syarat serta sejumlah industri dan perusahaan utama mencapai puncak pelepasan karbon terlebih dahulu dan mengawal projek loji janakuasa arang batu secara konsisten supaya menjadikan penggunaan arang batu dalam tempoh lima tahun akan datang tidak bertambah lagi.
Menangani perubahan iklim tidak patut dilihat sebagai taruhan geopolitik, dan 'multilateralisme selektif' bukan multilateralisme yang sebenar. Xi menyeru pelbagai negara semestinya memelihara sistem antarabangsa yang berteraskan PBB, memperjuangkan sasaran dan memegang prinsip yang terkandung dalam Konvensyen Rangka Perubahan Iklim PBB dan Perjanjian Paris. Memandangkan tahap pembangunan, kekuatan ekonomi dan kemajuan teknologi yang berbeza, prinsip tentang bersama memikul tanggungjawab umum yang berbeza patut dijadikan dasar tadbir urus iklim sejagat, dan perlu diperkukuh dengan selanjutnya.