China, Laos Bersedia Intensifkan Kerjasama Pragmatik

2021-04-24 15:01:53  CRI
Share with:

Atas undangan pihak Laos, Perdana Menteri China Li Keqiang telah berhubung dengan Phankham Viphavanh, yang baru menyandang jawatan Perdana Menteri Laos menerusi telefon.

Li berkata, sempena ulang tahun ke-60 terjalinnya hubungan diplomatik China-Laos, China bersedia bersama-sama dengan Laos untuk mendorong pertukaran persahabatan, mengintensifkan kerjasama pragmatik yang menguntungkan kedua-dua pihak sehingga mempergiatkan pembinaan komuniti berkongsi nasib sesama China-Laos sehingga mencapai kemajuan baharu.

Selain itu, Li juga menegaskan bahawa tahun ini ulang tahun ke-30 terjalinnya hubungan dialog China-ASEAN dan juga Tahun Kerjasama Pembangunan Berterusan China-ASEAN. Oleh itu, kedua-dua pihak perlu berusaha mendorong penaiktarafan hubungan China-ASEAN dan Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) dapat dilaksanakan seawal mungkin, melindungi keselamatan dan kestabilan rantai pembekalan dan perindustrian serantau, dan meningkatkan perdagangan bebas demi kesejahteraan rakyat.

Phankham Viphavanh pula menyatakan Laos bersedia terus meningkatkan penyelarasan dengan China dalam hal ehwal antarabangsa dan serantau, dan mendorong hubungan ASEAN-China terus berkembang. Sementara itu, kedua-dua pihak juga bersetuju terus mempergiat kerjasama dalam usaha melawan wabak COVID-19.

张宪