Duta Malaysia: Sokong Inisiatif Jalur dan Laluan

2021-04-24 15:08:20  CRI
Share with:

Ketika menghadiri sesi promosi bertemakan kisah Parti Komunis China (PKC) di Hangzhou pada Rabu lalu, Duta Besar Malaysia ke China, Raja Datuk Nushirwan Zainal Abidin telah menerima wawancara surat khabar “Can Kao Xiao Xi” (Reference News).

Dalam wawancara tersebut, beliau menyatakan PKC mencapai hasil cemerlang dalam pentadbiran negara. Ini dapat dibuktikan melalui kemenangan yang menyeluruh dalam kempen pembasmian kemiskinan.

Menyentuh tentang Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) dan konsep komuniti berkongsi nasib sesama insan, beliau pula menyatakan Malaysia antara kumpulan negara pertama yang menyokong BRI dan akan terus menyokong inisiatif ini. Menurut beliau, bagi Malaysia, BRI bukan sahaja merangkumi pembinaan infrastruktur yang dianggap “hardware”, malah juga merangkumi “software”, iaitu kesalinghubungan. Beliau berkata, Malaysia berharap dapat terus memainkan peranan penting dalam pembinaan Laluan Sutera (kesihatan) dan Laluan Sutera (hijau) yang dikemukakan China baru-baru ini.

张宪