ASEAN Seru Myanmar Mulakan Dialog Konstruktif

2021-04-25 13:58:53  CRI
Share with:

ASEAN Seru Myanmar Mulakan Dialog Konstruktif_fororder_1127370507_16192648404601n

Satu kenyataan negara pengerusi bergilir ASEAN telah dikeluarkan setelah mesyuarat khas pemimpin ASEAN bagi isu Myanmar berlangsung di Jakarta, Indonesia semalam.

Menurut kenyataan tersebut, pelbagai pihak Myanmar diseru memulakan dialog yang bersifat membina supaya mencapai pakej penyelesaian keamanan yang seleras dengan kepentingan rakyat.

Dalam kenyataan tersebut, pemimpin ASEAN telah mencapai lima konsensus melibatkan situasi Myanmar kini termasuk pelbagai pihak perlu mengawal diri dengan sedaya upaya, memulakan dialog yang bersifat membina dan ASEAN perlu mendorong proses dialog.

Mesyuarat tertutup tersebut berlangsung selama sehari, dengan menyaksikan kehadiran pemimpin dari Brunei Darussalam, Kemboja, Indonesia, Malaysia, Singapura dan Vietnam, Pengerusi Jawatankuasa Pengawalan Negara Myanmar, Min Aung Hlaing serta menteri luar dari Laos, Thailand dan Filipina.

Menteri Luar Indonesia, Retno Lestari dalam sidang akhbar kelmarin menyatakan mesyuarat ini buat kali pertama diadakan secara fizikal antara pemimpin negara anggota ASEAN sejak tercetusnya wabak COVID-19, yang menunjukkan keprihatinan ASEAN terhadap situasi Myanmar dan keazaman untuk membantu negara itu menamatkan ketegangan situasi kini.

张宪