China Sedia Bersama Laos Perkaya Usaha Bina Komuniti Kongsi Nasib

2021-04-26 15:09:24  CRI
Share with:

China Sedia Bersama Laos Perkaya Usaha Bina Komuniti Kongsi Nasib_fororder___172.100.100.3_temp_9500033_1_9500033_1_6012_7683e1a0-2a5d-42d8-b4e8-fa318f45c5ef

Hubungan China-Laos kini berada  pada tempoh terbaik dalam sejarah, dan China bersedia bersama negara itu terus memperkaya usaha membangunkan komuniti berkongsi nasib.

Demikian ujar Duta Besar China ke Laos, Jiang Zaidong ketika menyampaikan ucapan menerusi Televisyen Kebangsaan Laos pada Ahad sempena ulang tahun ke-60 terjalinnya hubungan diplomatik kedua-dua negara.

Pada masa sama, beliau turut menilai tinggi hasil yang dicapai China dan Laos dalam kerjasama pragmatik dan interaksi sosiobudaya sepanjang enam dekad lalu.

"China dan Laos membentuk hubungan perkongsian menyeluruh yang mantap, bersahabat dan saling mempercayai pada tahun 2000, seterusnya menjalinkan perkongsian strategik komprehensif sembilan tahun selepas itu.

"Pada tahun 2017, kedua-dua negara mencapai kata sepakat untuk membina komuniti berkongsi nasib yang signifikan dari segi strategik dan melancarkan pelan tindakan yang berkaitan pada 2019," jelas Jiang lagi.

Menurut beliau, pelaburan China di Laos meningkat 70 kali ganda dalam tempoh tiga dekad lalu, sementara perdagangan dua hala bertambah 230 kali ganda.

Pada tahun 2019, jumlah pelancong China yang melawat Laos melepasi sejuta orang, iaitu 100 kali ganda berbanding 30 tahun lalu.

Selain itu, turut dilaporkan terdapat seramai 15 ribu pelajar Laos yang melanjutkan pelajaran di China.

Menyentuh mengenai gelombang baharu penularan wabak COVID-19 yang melanda Laos akhir-akhir ini, Jiang berkata, China akan menghulurkan bantuan vaksin kumpulan ketiga kepada Laos secepat mungkin.

Beliau juga merakamkan ucapan penghargaan kepada Laos yang memberi suntikan vaksin secara percuma kepada warga China yang berisiko tinggi terdedah kepada jangkitan COVID-19, di samping menyifatkannya sebagai cerminan komuniti berkongsi nasib antara kedua-dua negara.

张哲