53 Korban Insiden Kapal Selam Indonesia

2021-04-26 13:26:24  CRI
Share with:

Pasukan pencari dan penyelamat Indonesia mengesahkan semalam, 53 anak kapal dalam kapal selam yang hilang hubungan pada 21 April telah meninggal dunia.

Demikian diumumkan oleh Komandar Tentera Indonesia, Hadi Tjahjanto dalam sidang akhbar di Bali semalam.

Katanya, menurut pelbagai foto yang diambil oleh pasukan SAR, kapal selam itu dipercayai tenggelam dan semua anak kapal dalamnya telah maut.

Difahamkan, antara lima kapal selam yang sedang berkhidmat, kapal selam yang hilang tersebut dibina pada tahun 1979.

胡星