Vaksin China Tiba di Jordan

2021-04-26 13:27:54  CRI
Share with:

Vaksin COVID-19 buatan syarikat China, Sinopharm selamat tiba di Jordan malam tadi. Duta Besar China ke Jordan, Chen Chuandong dan Menteri Kesihatan Jordan, Firas Hawari menghadiri upcara penyerahan vaksin tersebut.

Chen menyatakan bahawa China mengatasi kesukaran dalam negeri dan menghulurkan bantuan vaksin kepada Jordan. China telah menunaikan janjinya iaitu menjadikan vaksin sebagai produk awam global.

Beliau berkata, China akan memperkukuh kerjasama dengan Jordan, mengintensifhkan hubungan strategik demi membina kominiti kesihatan umat manusia.

Firas Hawari merakamkan terima kasih atas sokongan dan bantuan China kepada Jordan ketika melawan wabak. Pada ketika ini, keselamatan dan keberkesanan vaksin China telah mendapat pengiktirafan daripada rakyat Jordan. Beliau sendiri pun telah menerima suntikan vaksin buatan China.

Beliau turut menzahirkan harapan untuk mempererat kerjasama antara kedua-dua negara.

覃淼