Xi Sampaikan Tahniah Sempena Ulang Tahun Ke-60 Hubungan Diplomatik China-Laos

2021-04-26 14:44:03  CRI
Share with:

Presiden China, Xi Jinping dan rakan sejawatnya dari Laos, Thongloun Sisoulith saling mengutus kawat tahniah sempena sambutan ulang tahun ke-60 terjalinnya hubungan diplomatik kedua-dua negara.

Xi menyatakan, China dan Laos merupakan negara jiran yang bersahabat dan komuniti berkongsi nasib yang kukuh.

Beliau mengatakan, sejak hubungan diplomatik dijalin enam dekad yang lalu, China dan Laos mengekalkan rasa saling memahami dan interaksi yang ikhlas, di samping mempertahankan Lima Prinsip Hidup Bersama Secara Damai. Ini bukan sahaja memberikan manfaat kepada rakyat kedua-dua negara, malah menjadi teladan bagi hubungan antarabangsa, serta memberi sumbangan kepada pembinaan komuniti berkongsi nasib sesama insan.

Xi menegaskan, setelah tercetus pandemik COVID-19, China dan Laos berganding bahu untuk melawan wabak.

Tegasnya, beliau memberikan perhatian tinggi terhadap pengembangan hubungan dengan Laos dan komited bersama-sama Laos memperkasakan pembinaan komuniti berkongsi nasib ke tahap baharu dalam enam dekad akan datang agar rakyat kedua-dua negara tetap menjadi jiran, sahabat dan rakan yang baik untuk selama-lamanya.

Pada masa yang sama, Thongloun Sisoulith menyatakan, hubungan antara Laos dengan China berada pada era yang paling baik dalam sejarah. Pihaknya komited memperkasakan kerjasama strategik komprehensif dengan China, meningkatkan pertukaran persahabatan dalam pelbagai bidang serta mempergiat pembinaan komuniti berkongsi nasib Laos-China.

徐国玮