Tan Yew Chong: Malaysia Cepatkan Ratifikasi RCEP

2021-04-26 13:25:30  CRI
Share with:

Pemeteraian perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) menjadi tanda integrasi ekonomi serantau dan pemulihan ekonomi pasca wabak COVID-19.

Demikian dinyatakan Penasihat Ekonomi Utama Majlis Perdagangan Malaysia-China, Tan Yew Chong ketika berucap pada Forum Peringkat Tinggi Kerjasama Ekonomi dan Perdagangan RCEP yang diadakan di bandar Qingdao, timur China semalam.

Beliau berpendapat, RCEP akan membaikpulih rantai pembekalan yang terjejas ekoran pandemik COVID-19, kondusif bagi meningkatkan keyakinan pelbagai anggota terhadap pertumbuhan ekonomi, meningkatkan tahap integrasi Asia Timur, dan mewujudkan visi muktamad, iaitu pulih, berkongsi peluang dan membangun bersama.

Tan juga menyatakan, pelaksanaan RCEP dapat mengurangkan kos syarikat, meningkatkan hubungan ekonomi pelbagai negara dan berkongsi manfaat daripada pembangunan China.

Ujar beliau, Malaysia sedang mempercepat proses meratifikasikan perjanjian itu demi mencapai sasaran kemakmuran bersama.

Wakil-wakil dari organisati galakan perdagangan dan pelaburan serta pertubuhan perniagaan RCEP menyeru agar fasal-fasal peralihan dikuatkuasakan dahulu sebagai percubaan.

Di samping itu, wakil-wakil negara anggota menzahirkan harapan agar perjanjian itu dapat menyuntik momentum pembangunan baharu kepada negara masing-masing bahkan rantau ini.

胡星