Seru ASEAN Dorong Permuafakatan Politik di Myanmar

2021-04-27 14:05:14  CRI
Share with:

China mengalu-alukan persidangan khas pemimpin ASEAN dan berharap ASEAN dapat terus memainkan peranan membina dalam mendorong permuafakatan politik di Myanmar, dan memelihara solidariti ASEAN dan ketenteraman serantau.

Demikian ujar jurucakap Kementerian Luar China, Wang Wenbin di Beijing semalam.

Ketika mengulas konsensus mengenai situasi di Myanmar yang dicapai dalam persidanga khas pemimpin ASEAN tersebut, Wang menyatakan bahawa persidangan ini membantu untuk meredakan situasi di Myanmar. China komited mengekalkan komunikasi dengan ASEAN, menyokong usaha ASEAN bertindak sebagai pengantara, memberikan sumbangan sendiri demi merealisasikan "pendaratan lembut" situasi di negara itu.

覃淼