Rakyat Jadi Mangsa "Nasionalisme Vaksin"

2021-04-27 15:27:52  CRI
Share with:

Situasi pandemik COVID-19 semakin memburuk di India dalam empat hari lalu, dengan jumlah kes positif harian mencatat lebih 300 ribu. Sementara itu, negara itu juga menghadapi kekurangan ubat-ubatan dan vaksin.

Dalam pada itu, disebabkan tekanan dari masyarakat antarabangsa, kerajaan Amerika Syarikat (AS) pada Ahad lalu, baru sahaja memutuskan untuk menyediakan bantuan kepada India termasuk bahan vaksin.

Walaupun begitu, tindakan AS yang dianggap terlalu lambat itu tidak disambut baik oleh rakyat India.

Situasi di India pada masa ini, boleh dikatakan berpunca daripada sekatan eksport bahan vaksin AS kerana prinsip "AS diutamakan" yang diamalkan pemerintah Trump sejak April tahun lalu. Sekatan yang diteruskan oleh pemerintah Biden ini menjadikan industri pengeluaran vaksin di India menghadapi kekurangan bahan asli malah berhenti operasi.

Pada lebih sebulan yang lalu, presiden AS mendakwa bahawa pihaknya bersedia menyediakan dana kepada India untuk mengeluarkan vaksin COVID-19 dan mengedarkan vaksin itu kepad negara-negara lain.

Tetapi setelah situasi di India semakin buruk, AS tetap menolak permintaan India untuk membatalkan sekatan eksport bahan vaksin dengan alasan jaminan pemvaksinan warga AS.

Pengagihan vaksin yang tidak adil menjadikan lebih ramai rakyat di negara-negara miskin terdedah dengan virus. Pada masa masa, negara-negara kaya menyorokkan vaksin dan mengawal bahan vaksin.

Berbanding dengan virus yang menular berleluasa, yang lebih dahsyat adalah sikap apati manusia. "Nasionalisme vaksin" telah menjadi penghalang dalam usaha masyarakat antarabangsa untuk melawan wabak.

徐国玮