China Sedia Bantu India Tangani Wabak

2021-04-28 15:22:39  CRI
Share with:

China sedang berusaha menyelaraskan kegiatan pengeluaran syarikat domestik bagi memenuhi permintaan India terhadap bahan perubatan seperti mesin penghasilan oksigen.

Jurucakap Kementerian Luar China, Wang Wenbin berkata demikian dalam sidang taklimat semalam.

Menurutnya, jumlah kes positif COVID-19 di India bertambah mendadak baru-baru ini. China segera menghubungi pihak India, menyatakan kesediaan untuk menghulurkan sokongan dan bantuan kepada negara itu bagi membendung wabak.

Di samping itu, Wang berkata, China bersedia bekerjasama dengan India bagi membendung penularan wabak dan yakin negara itu dapat mengatasi wabak ini.

Dalam perkembangan berkaitan, sidang menteri luar China, Afghanistan, Pakistan, Nepal, Sri Lanka dan Bangladesh mengenai pembendungan wabak COVID-19 diadakan secara maya pada Selasa.

Mengulas sidang tersebut, Wang Wenbin berkata bahawa China dan Asia Selatan ialah jiran bersahabat. Sejak tercetus wabak COVID-19, China dan negara-negara Asia Selatan mengadakan kerjasama dalam pelbagai cara yang membawa kesejahteraan kepada rakyat di negara-negara berkenaan.

China tetap mempertahankan prinsip terbuka, inklusif dan saling untung dan bersedia membantu negara-negara luar mengatasi wabak.

徐国玮