Perang Afghanistan, Intervensi AS Berakhir dengan Buruk

2021-04-28 13:18:35  CRI
Share with:

Komander pasukan tentera Amerika Syarikat (AS) di Afghanistan baru-baru ini mendedahkan bahawa pihaknya dan NATO telah mula mengundurkan tentera dari Afghanistan. Menurut jadual, pengunduran tentera itu akan selesai sebelum 11 September.

Perang selama 20 tahun itu akan berakhir, dan apa yang menjadi di Afghanistan ialah sebuah negara yang mengalami kerosakan di merata-rata tempat.

Pada 20 tahun lalu, AS melancarkan perang Afghanistan dengan alasan membanteras kegagasan, sehingga mengakibatkan malapetaka kemanusiaan yang dahsyat.

Menurut dapatan statistik yang dijalankan oleh Univertiti Boston, perang di Afghanistan telah meragut 241 ribu nyawa, termasuk 71 ribu orang rakyat jelata, sejak tahun 2001. Sementara itu, letupan dan serangan gagas sering berlaku di negara itu, bahkan di ibu kota Kabul.

Menurut data statistik oleh Bank Pembangunan Asia (ADB), 54.5 peratus rakyat Afghanistan hidup dalam kemiskinan, manakala 40.1 peratus penduduk dalam umur bekerja hanya memperoleh pendapatan tidak sampai 2 dolar Amerika sehari.

Pada awal tahun ini, Majlis Hubungan Luar Negeri (CFR) AS mengakui bahawa Taliban sekarang ini paling kuat sejak rejim itu menceroboh Afghanistan pada tahun 2001.

Dalam dua dekad lalu, AS telah memperuntukkan lebih 2 trilion dolar dan lebih 2,400 anggota tentera terkorban.

Kesudahan yang ngeri itu menandakan perang Afghanistan yang dicetuskan AS berakhir dengan kegagalan penuh.

Perang Afghanistan hanya sebahagian kecil dalam tindakan AS campur tangan dalam hal ehwal dalaman negara lain dan mengacau dunia. Pada masa yang sama, negara-negara yang dicampuri AS termasuk Iraq, Syria, Libya dan lain-lain semuanya terjatuh ke dalam pergolakan politik dan kesengsaraan hidup rakyat.

Dah jelaslah bahawa AS yang melaungkan slogan demokrasi dan kemanusiaan, sebenyarnya telah menyebabkan malapetala kemanusiaan yang serius. Negara itu telah menjadi pengacau terbesar di dunia.

覃淼