Hubungan Luar Jepun Dinasihat Keluar dari Jalan Salah

2021-04-29 14:47:34  CRI
Share with:

Kementerian Luar Negeri Jepun telah mengedarkan kertas biru mengenai hubungan luarnya 2021 pada Rabu.

Di samping mengheboh-hebohkan perselisihan pendapat antara Jepun dengan China dalam tuntutan kedaulatan pulau, isu- isu Laut China Selatan, Hong Kong, Xinjiang dan "ancaman China", kertas biru itu juga menyebut hubungan antara Jepun dengan China sebagai "salah satu hubungan dua hala yang paling penting" dari segi ekonomi.

Perbezaan dari aspek politik dan ekonomi mencerminkan percanggahan besar dasar luar negara itu terhadap China.

Padahal, langkah-langkah yang diambil kabinet Yoshihide Suga dalam menangani hubungan dengan China, khusunya keprihatinannya terhadap situasi di Selat Taiwan, telah melampaui garis merah hubungan dua hala.

Dasar luar Jepun disusun semula bukan sahaja dipengaruhi faktor persekutuan Jepun dengan Amerika Syarikat (AS), tetapi juga disebabkan kadar sokongan dalam negeri yang rendah, kegagalan kerajaan dalam membendung penularan COVID-19, dan ekonomi dalam negeri yang merosot.

Oleh itu, Yoshihide Suga mahu mengubah situasi ini melalui sikap yang "keras" terhadap China di samping merapatkan hubungan dengan AS.   

Walau bagaimanapun, ekonomi Jepun amat bergantung kepada pasaran China. Walaupun kedua-dua negara berada pada fasa pembangnunan yang berbeza, tetapi ia boleh saling melengkapi.

Ketika Yoshihide Suga mengheboh-hebohkan teori "ancaman China", perdagangan dan pelaburan negara itu terhadap China pasti akan terjejas.

Dasar luar kabinet Yoshihide Suga yang ingin mengambil peluang daripada persaingan AS dan China tidak akan membawa sebarang manfaat kepada negara itu.

Oleh yang demikian, Jepun dinasihatkan keluar dari jalan salah, dan meneliti semula hubungannya dengan China.

胡星