Stesen Angkasa China, Keluarga Bersama Umat Manusia

2021-04-30 13:48:54  CRI
Share with:

Modul teras stesen angkasa China, Tianhe berjaya dilancarkan dan memasuki orbitnya semalam. Ini menandakan pembinaan stesen angkasa China memasuki fasa pembinaan secara komprensif.

Mengimbau sejarah, China diketepikan dari "kelab" stesen angkasa antarabangsa yang diketuai oleh Amerika Syarikat (AS). Sementara itu, politikus Barat memandang ruang angkasa sebagai medan perang utama bagi perlumbaan senjata pada masa depan, dan ingin menyekat teknologi angkasa lepas China.

Berdepan halangan dan sekatan, China berusaha membangunkan teknologi diri, sehingga melakar hasil cemerlang dalam bidang penerbangan angkasa lepas yang melibatkan projek penerokaan Bulan, penerokaan Marikh, sistem navigasi satelit global Beidou dan siri roket pembawa Long March.

Kini, China telah mengayun satu lagi langkah penting dalam pembinaan stesen angkasa tetap.

Stesen angkasa antarabangsa yang telah beroperasi selama berpuluh tahun mungkin amat menamatkan perkhidmatan pada tahun 2024 hingga 2028. Pada masa itu, stesen angkasa China kemungkinan akan menjadi satu-satunya stesen di ruang angkasa.

Berbeza dengan tindakan negara Barat yang hanya menerima penglibatan beberapa negara sahaja, stesen angkasa China dibuka kepada semua negara anggota Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). Di samping itu, China bersedia bekerjasama dengan kerajaan, pertubuhan antarabangsa, syarikat swasta dan institusi pengajian. Yang lebih penting ialah China akan memberi peluang kepada negara-negara membangun yang kekurangan dana dan teknologi supaya dapat menjalankan ujian di angkasa lepasa.

Menurut Perjanjian Luar Angkasa yang dikuatkuasakan pada tahun 1967, penerokaan dan penggunaan sumber di ruang angkasa lepas ialah usaha seluruh umat manusia dan sepatutnya digunakan untuk manfaat seluruh umat manusia. China menjalankan kerjasama stesen angka merupakan tafsiran terbaik bagi komuniti berkongsi nasib. Stesen angkasa China akan menjadi "keluarga bersama" seluruh umat manusia kelak.

覃淼