AS Berkonfrontasi dengan China Bawa Risiko kepada Dunia

2021-04-30 14:40:31  CRI
Share with:

Ketika menyampaikan ucapan sempena hari ke-100 beliau menyandang jawatan Presiden Amerika Syarikat (AS) di Capitol pada Rabu lalu, Joe Biden menunjukkan sikap yang keras terhadap China. Beliau mendakwa China "melaksanakan dasar perdagangan yang tidak adil", dan menyatakan AS akan "mengekalkan kehadiran tentera yang kuat di rantau Asia-Pasifik". Beliau juga mendakwa akan "bertangungjawab untuk membela hak asasi manusia dan kebebasan".

Orang awam mendapati bahawa pemerintah Biden telah meneruskan strategi menyekat China yang dilaksanakan sejak pemerintah terdahulu. Sementara itu, pendekatan dan caranya untuk menangani hubungan dengan China telah disusun semula termasuk bersama negara sekutunya untuk membina "lingkaran menyekat China" di bawah panji-panji "multilateralisme".

Kerajaan Biden tidak meredakan perang perdagangan sebaliknya mengenakan sekatan baharu terhadap syarikat sains dan teknologi China. Di samping itu, pemerintah Biden sering mencampur tangan dalam urusan dalaman China termasuk isu Xinjiang, Hong Kong dan Taiwan.

Selain itu, kerajaan Biden mengheboh-hebohkan dakwaan "China merupakan ancaman yang paling besar", memperhebat"mekanisme empat pihak", bersama-sama rakan sekutunya mengadakan latihan ketenteraan dan rondaan pelayaran di Laut China Selatan.

Kerajaan Biden menganggap China sebagai "pesaing paling besar bagi AS". Pihaknya tidak mengurangkan, sebaliknya memperhebat konfrontasi dengan China. Kesilapan strategi tersebut amat berbahaya terhadap AS sendiri malah dunia.

Dunia yang mengalami pergolakan pada masa ini memerlukan kerjasama antara China dan AS, sebaliknya bukan berkonfrontasi. Pembangunan China bukan bersasarkan melangkaui AS tetapi hanya membawa kesejahteraan kepada rakyat sendiri. Washington patut mengawal konfrontasi serta kembali ke landasan untuk bekerjasama dan bersaing dengan rasional dengan China.

徐国玮