China Sedia Bantu India Atasi Wabak

2021-05-01 15:11:52  CRI
Share with:

China memberi perhatian tinggi terhadap perkembangan situasi wabak di India. China melahirkan rasa simpati kepada negara itu dan bersedia memberikan sokongan dan bantuan semampu boleh kepada India.

Demikian kata Ahli Dewan Negara merangkap Menteri Luar China, Wang Yi ketika berhubung dengan rakan sejawatnya dari India, S. Jaishankar melalui telefon pada Jumaat.

Wang Yi berkata, Palang Merah, kerajaan temaptan dan pertubuhan rakyat di China telah menghulurkan bantuan kepada India. Pihak China berharap dan yakin kerajaan dan rakyat India mampu mengatasi wabak ini dengan jayanya.

Beliau menyatakan, China akan terus menggalakkan syarikat domestik meningkatkan pengeluaran bahan perubatan dan menyediakan bahan berkenaan kepada India. Di sampingitu, pihak berkuasa China akan memberi kemudahan kepada kelulusan kastam dan pengangkutan bahan perubatan kepada negara itu, sementara mengadakan telesidang bagi pakar kedua-dua negara berkongsi pengalaman.

S. Jaishankar menyatakan terima kasih kepada China yang memberi sokongan kepada India dalam membendung wabak.

Katanya, wabak COVID-19 merupakan cabaran global dan memerlukan kerjasama masyarakat antarabangsa. Langkah-langkah diambil China amat penting dan India bersedia meningkatkan kerjasama dengan China untuk  mencegah penularan wabak.  

胡星