Indonesia Luluskan Penggunaan Kecemasan Vaksin Sinopharm

2021-05-02 14:30:16  CRI
Share with:

Badan Pengawas Ubat dan Makanan (BPOM) Indonesia memberikan permit penggunaan kecemasan vaksin COVID-19 buatan Kumpulan Farmaseutikal Nasional China (Sinopharm) pada 30 April. Vaksin itu akan digunakan dalam vaksinasi mandiri atau vaksinasi gotong royong di negara itu.

Ketua BPOM, Penny Lukito dalam sidang media menyatakan keselamatan dan keberkesanan vaksin Sinopharm itu didapati tinggi.

CEO PT. Kimia Farma Tbk, yang bertugas atas mengedarkan vaksin itu, Verdi Budidarmo menjelaskan, program vaksinasi gotong royong akan dilancarkan pada bulan ini. Menurut program ini, badan swasta dibenarkan membeli dan menjalankan suntikan vaksin COVID-19 demi melengkapi program vaksinasi kerajaan.

Vaksin buatan Sinopharm merupakan vaksin COVID-19 ketiga yang diberikan permit penggunaan kecemasan di Indonesia. Dua lagi ialah vaksin Sinovac Biotech China dan vaksin AstraZeneca Britain.

Menteri Kesihatan Indonesia, Budi Gunadi Sadikin pada Januari lalu mengumumkan bahawa kerajaan merancang untuk menyelesaikan vaksinasi terhadap 181 juta rakyat dalam tempoh 15 bulan.

Walau bagaimanapun, vaksinasi itu dijalankan perlahan kerana kekurangan bekalan vaksin. Menurut statistik pihak berkuasa, terdapat 12.38 juta orang telah menerima suntikan sekurang-kurangnya satu dos, antaranya 7.63 juta orang telah menyelesaikan suntikan dua dos.

Menurut maklumat Badan Nasional Penyelamatan Bencana Indonesia pada 30 April, kes jangkitan baharu dilaporkan sebanyak 5,500 dalam tempoh 24 jam lalu, menjadikan jumlah kumulatif mencatat 1,668,368 setakat ini. Antaranya 45,521 telah meninggal dunia.

曹捷