Pertemuan Menteri Luar Malaysia-Singapura

2021-05-03 12:54:02  CRI
Share with:

Menteri Luar Malaysia, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussei bertemu dengan rakan sejawatnya dari Singapura, Vivian Balakrishnan semalam dan mencapai persepakatan mengenai kerjasama melawan wabak COVID-19.

Menurut kenyataan bersama kedua-dua pihak, Malaysia dan Singapura akan terus melaksanakan dasar secara konsisten dalam hal-ehwal seperti lawatan rentas sempadan dan sebagainya.

Kedua-dua menteri itu juga membincangkan perkembangan terkini dalam situasi Myanmar, dan bersetuju bahawa ASEAN dan negara-negara anggotanya terus memainkan peranan positif dalam proses keamanan serantau.

梁靓