AS “Tidak Pernah Jemu” Cabar Aturan Dunia

2021-05-04 13:03:51  CRI
Share with:

Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Antony Blinken pada Ahad mendakwa China bertambah agresif di luar dengan niat menjadi kuasa dominan di peringkat global.

Beliau turut menegaskan Washington kekal dengan pendirian untuk tidak mengawal atau mengekang Beijing, sebaliknya untuk menjunjung order antarabangsa berasaskan aturan yang sedang dicabar negara Tembok Besar itu.

Tidak hairanlah, tingkah laku yang sentiasa ditunjukkan AS yang sudah menjadi kebiasaannya, ialah menukar 'aturan dunia' kepada 'aturan negara itu' secara sembunyi-sembunyi dan merasionalkan tindakan intervensionisme.

Aturan AS di mata dunia dalam tempoh berdekad-dekad yang lalu, adalah bersamaan matlamat strategiknya yang dicapai menerusi modus operandi dalam bentuk ancaman kekerasan, pemulauan politik, serta sekatan ekonomi dan teknologi.

Kehadiran negara itu bersifat menindas bukan sahaja dikesan di negara-negara Asia dan Afrika dalam bentuk peperangan, tetapi juga menerusi tindakan retorik dan provokatif atau pun sekatan.

Selain negara berdaulat, pertubuhan antarabangsa juga menjadi mangsa penindasannya. Badan rayuan Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) masih bergelut dengan masalah kekurangan hakim akibat gangguan berterusan AS.

Siapakah yang semakin menindas dan agresif dalam mengembangkan pengaruhnya berdasarkan niat yang mahu mendominasi dunia?

Ternyata segelintir politikus AS lah yang asyik-asyik melaksanakan 'diplomasi mengancam' yang sebenarnya sudah terbukti boleh membawa negara hegemoni terjerumus ke kancah kemerosotan.

董筱娉