Pakar China Bantu Laos Kendali Penularan Wabak

2021-05-05 13:18:42  CRI
Share with:

Pakar China Bantu Laos Kendali Penularan Wabak_fororder_xx

Pasukan pakar perubatan China telah tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Wattay, di sini, petang Selasa bagi membantu Laos memerangi wabak COVID-19.

Ketibaan mereka disambut oleh Naib Perdana Menteri Laos, Kikeo Khaykhamphithoune dan Duta Besar China, Jiang Zaidong.

Pakar China Bantu Laos Kendali Penularan Wabak_fororder_xx2

Ketika berlangsungnya majlis menyambut ketibaan, Kikeo menzahirkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada kerajaan China yang sekali lagi menyegerakan bantuan peralatan perubatan selain mengerahkan sekumpulan pakar ke negaranya.

Menurut beliau, ia menggambarkan keprihatinan yang sentiasa ditunjukkan China kepada Laos dan rakyat negara itu.

Kikeo turut menaruh keyakinan terhadap kehadiran pakar China yang mampu membantu pihaknya mengendalikan perebakan wabak berkenaan.

Difahamkan, seramai 25 orang pakar China membabitkan bidang epidemiologi, disinfeksi, ujian makmal, kawalan infeksi dan rawatan rapi dikerah untuk membantu pihak Laos menyusun pelan merawat pesakit COVID-19 serta langkah-langkah pencegahan dan kawalan wabak.

Sejak April, kes penularan tempatan meningkat secara mendadak di Laos, sekali gus memberikan cabaran kepada sistem penjagaan kesihatan tempatan.

Kerajaan turut mengumumkan pelaksanaan sekatan pergerakan membabitkan 18 wilayah di seluruh negara.

Setakat pukul 12 tengahari Selasa, angka jangkitan COVID-19 di negara itu mencecah 1,026.

董筱娉