Hipokrasi Politikus AS dalam Isu Multilateralisme Terdedah

2021-05-08 15:59:39  CRI
Share with:

AS tidak mahu mengekang China, sebaliknya berusaha untuk memelihara order antarabangsa yang berasaskan peraturan. Demikian dinyatakan Setiausaha Negara AS, Antony Blinken dalam Mesyuarat Menteri Luar Kumpulan 7 (G7) yang berakhir di London mutakhir ini.

Kerajaan baharu AS sering membangkitkan “peraturan” dan “order antarabangsa” sebagai tanda mendukung multilateralisme. Namun, ia didapati satu hipokrasi sahaja, yang berniat untuk menjalin “kumpulan politik” dengan rakan sekutunya dan mengamalkan hegemoni.

Dalam mesyuarat menteri luar G7 kali ini, AS sekali lagi memujuk rakan sekutunya untuk mengekang China, malahan mengeluarkan kenyataan berbaur campur tangan. Apakah amalan mencampuri urusan  dalaman negara lain ialah “order antarabangsa” yang ingin dipelihara AS?

Pada awal tahun ini, pemimpin G7 menerusi satu kenyataan bersama menzahirkan komitmen untuk menjadikan 2021 titik perubahan bagi multilateralisme. Namun, fakta memperlihatkan bahawa “multilateralisme” yang disebut-sebut mereka hanyalah peraturan antarabangsa yang ditentukan minoriti negara.

Dunia memerlukan multilateralisme yang sebenar. Sepertimana yang ditekankan Presiden Xi Jinping dalam perbualan telefon dengan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres pada Khamis, semua negara perlu menjunjung prinsip Piagam PBB, serta mengetepikan amalan unilateral, hegemoni atau menghasut konfrontasi ideologi.

张哲