Australia, Baliklah ke Pangkal Jalan

2021-05-08 14:52:22  CRI
Share with:

Australia menanggung kerugian yang lebih besar dalam ekonomi gara-gara berlagak seperti pengagresif, kata wartawan Amerika Syarikat, Bradley Blankenship menerusi sebuah artikelnya yang disiarkan di laman sesawang Russia Today pada 6 Mei.

Artikel itu berbunyi, China mengumumkan semua aktiviti di bawah mekanisme dialog ekonomi strategik dengan Australia dihentikan bagi tempoh masa yang tidak terhad.

Golongan elit negara Down Under itu berminat melakukan provokasi terhadap China. Ia akan membawa kecelakaan kepada negara itu sendiri.

Seperti yang dihuraikan dalam artikel tersebut, sesetengah politikus dan pegawai kanan tentera serta pengamal media Australia tidak henti-hentinya meniupkan ketegangan antara Beijing dengan Canberra serta kebarangkalian tercetusnya konflik ketenteraan.

Australia bertindak menyekat program kerjasama dua negara membabitkan ekonomi, perdagangan dan sosiobudaya atas alasan “keselamatan negara”. Perbuatan itu merosakkan kesalingpercayaan serta asas kerjasama dan interaksi normal kedua-dua pihak.

Reaksi China adalah wajar dan munasabah, bukan sekadar untuk mempertahankan kepentingan sendiri, tetapi juga sebagai amaran kepada Australia.

Politikus negara itu yang masih terperangkap dalam mentaliti perang dingin perlu memahami bahawa China mustahil menutup mata terhadap sebarang cubaan yang menjejaskan kedaulatan, keselamatan dan kepentingan pembangunannya.

Perbuatan mereka yang asyik mengaut keuntungan semata-mata sambil berkomplot mengapi-apikan sentimen anti-China juga ditolak keras.

Satu-satunya pilihan bagi mereka adalah menghentikan bermacam-macam taktik kotor yang mencemari hubungan dua hala, dan kembali ke pangkal jalan untuk membaiki situasi semasa.

董筱娉