Lagi Bahan Perubatan China Tiba di India

2021-05-10 12:34:23  CRI
Share with:

Lagi Bahan Perubatan China Tiba di India_fororder_india

Susulan jumlah kes positif COVID-19 di India yang meningkat secara mendadak baru-baru ini, China sekali lagi menghulur bahan perubatan di negara itu.

Menerusi akaun media sosial, Duta Besar China ke India, Sun Weidong menyatakan bahawa bahan perubatan termasuk mesin penghasil oksigen dan mesin bantuan pernafasan yang diderma oleh Palang Merah China tiba di Bangalore, India dari Chengdu, pada pagi Ahad.

Selain itu, Palang Merah China merancang untuk menyediakan bantuan berupa wang kepada Palang Merah India dalam usaha membantu negara itu membendung wabak.

Terdahulu, jurucakap Kementerian Luar China, Wang Wenbin pada penghujung April memaklumkan, China telah menyediakan sejumlah 26 ribu mesin bantuan pernafasan dan mesin penghasil oksigen, serta alat pengawasan sebanyak 15 ribu selain ubat atau bahan ubat seberat 3,800 tan.

Dalam pada itu, turut dimaklumkan juga syarikat-syarikat China sedang berusaha sedaya upaya untuk mempergiat pengeluaran dan mempercepat penghantaran bahan berkenaan ke India.

胡星