Lebih 500 Ahli Perubatan Positif COVID-19 dalam Gelombang Ketiga di Thailand

2021-05-10 13:56:53  CRI
Share with:

Menurut pengumuman dikeluarkan Pusat Pengawalan Wabak COVID-19 Thailand semalam, sebanyak 512 orang ahli perubatan dari 57 provinsi di negara itu telah diesahkan positif COVID-19 dalam penularan wabak gelombang ketiga yang tercetus awal April lalu.

Antara 512 orang tersebut, 10% daripadanya doktor, manakala 34% pula adalah jururawat. Kebanyakan mereka ialah ahli perubatan yang bertugas di hospital awam, dengan jumlah wanita lebih banyak dan purata umur 33 tahun.

Setakat 9 Mei, jumlah kes jangkitan wabak COVID-19 di Thailand mencatat 83,375, termasuk lebih 50 ribu yang dijangkiti virus dalam penularan gelombang ketiga dari awal April hingga kini yang turut mengundang tekanan besar kepada ahli perubatan negara itu .

张宪